Sebentar tadi, dalam acara The Game Awards 2019 yang sedang berlangsung sekarang, satu kejutan telah diumumkan oleh Microsoft.
Microsoft telah mengumumkan nama sebenar dan waktu pelancaran konsol generasi akan datang mereka di pentas TGA 2019. Dulunya yang dikenali dengan namakod ‘Scarlett’, kini nama rasminya yang diumumkan ialah ‘Xbox Series X’.
Xbox Series X akan dilancarkan pada akhir tahun 2020.
Microsoft turut memperlihatkan pandang pertama bentuk fizikal konsol Xbox Series X.
Comments
Loading…