Microsoft akan meletakkan 4 buah studio untuk pembentangan Developer Direct yang memfokuskan kepada The Elder Scrolls Online, Forza Motorsport, Minecraft Legends dan Redfalls.
Pembentangan itu akan diadakan pada jam 4 pagi, 26 Januari (waktu Malaysia) dan akan bersiaran langsung di platform Twitch dan YouTube.

Tapi Microsoft berkata para pembangun seperti Arkane Austin, Mojang Studios, Turn 10 Studios, dan ZeniMax Online Studios akan membentangkan “pertunjukan besar” dan gameplay untuk setiap game menurut Xbox Wire.
Redfall yang dibangunkan oleh Arkane Austin akan menunjukkan gameplay single player dan multiplayer. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Mei walaupun tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Turn 10 Studios akan berkongsi lebih banyak gameplay dan maklumat baharu mengenai Forza Motorsport.
Bagi Elder Scroll Online pula, pemain akan menjangkakan kemaskini terbesar untuk game MMO itu. Terutama lokasi baharu iaitu Tamriel. Segmen Minecraft Legends akan memfokuskan kepada mode multiplayer PvP.
After reading your article, it reminded me of some things about gate io that I studied before. The content is similar to yours, but your thinking is very special, which gave me a different idea. Thank you. But I still have some questions I want to ask you, I will always pay attention. Thanks.