in , ,

Microsoft Umum Adakan Acara Khas Xbox, Bethesda Pada Jun Ini Menggantikan E3

Microsoft merupakan antara penerbit yang begitu setia dengan acara gaming tahunan terbesar dunia, E3. Namun, seperti kita tahu, E3 2022 telahpun dibatalkan.

Oleh itu, Microsoft telah mengumumkan sebuah acara khas mereka tersendiri yang bakal memfokuskan kepada Xbox dan Bethesda Games.

Acara tersebut akan berlangsung pada 13 Jun 2022, jam 1 pagi (waktu Malaysia), yang boleh ditonton di Youtube, Twitch, Twitter, Facebook dan TikTok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Microsoft berkata acara ini nanti akan “menampilkan game-game hebat daripada Xbox Game Studios, Bethesda, dan rakan-rakan kongsi kami dari seluruh dunia.”

Microsoft turut menyatakan yang acara ini juga akan memperlihatkan game-game akan datang yang bakal hadir ke dalam Game Pass di Xbox dan PC.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Activision Mula Mengacah Logo Call of Duty: Modern Warfare 2

Selepas Video Gameplay Tertiris, Ubisoft Mula Mengacah Sesuatu Untuk Skull & Bones