in

Microsoft Tiada Perancangan Untuk “Xbox One Point Five”

Selepas khabar angin mengatakan Sony sedang membangunkan console yang baru, adakah Microsfoft akan mengikut jejak yang sama?

1

Pada acara sidang media Microsoft’s Build 2016 minggu lalu, Head of Xbox, Phil Spencer telah bercakap mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan Xbox. Antara yang menjadi perhatian ramai adalah sama ada Microsoft akan mengikut langkah Sony dalam mengeluarkan current-gen console, Xbox One versi baharu ataupun tidak.

Bercakap kepada Gamespot, Spencer berkata beliau bukan peminat kepada versi baharu Xbox “One Point Five” (nama yang direka sendiri selepas khabar angin PS4.5). Beliau berkata, sekiranya mereka ingin mengeluarkan console yang baharu, pastinya mereka akan berganjak ke satu tahap yang jauh lebih besar, bukan hanya sekadar update yang kecil.

Spencer menambah, beliau tidak tahu menahu langsung mengenai apakah perancangan Sony untuk mengeluarkan console versi baharu itu. Dan Microsoft tetap dengan pendirian untuk tidak mengikut jejak Sony itu (jika benar).

Memetik kata-kata beliau:

“I’m not a big fan of Xbox One and a half. If we’re going to move forward, I want to move forward in big numbers.

For us, our box is doing well. It performs, it’s reliable, the servers are doing well. If we’re going to go forward with anything, like I said, I want it to be a really substantial change for people–an upgrade.”

ps4-hrdware-large18

Sebelum ini, 3 sumber yang boleh dipercayai, iaitu Kotaku, Digital Foundry dan The Wall Street Journal telah melaporkan bahawa Sony sedang dalam pembangunan untuk mengeluarkan PS4 versi baharu yang bakal menaiktaraf beberapa features di PS4 versi kini.

JomBaca: Xbox & Playstation Boleh Berentap Bersama Pada Masa Akan Datang?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

JomRakam! Ep. 13: Muncul lah Raja Berlari, Sang Kentut Unggu Unggul!

NiOh: 10 Tahun Baru Dapat Demo! Sama lah Macam FFXV!