in , , , , ,

Microsoft Terbuka Untuk Perbincangan Menawarkan Xbox Game Pass Di Konsol Lain

Microsoft bersedia dan terbuka untuk membincangkan sekiranya ada konsol lain yang sudi untuk menerima langganan servis Xbox Games Pass.

Perkara ini didedahkan oleh bos Xbox sendiri, Phil Spencer ketika bercakap dengan GamesRadar.

Spencer berkata walaupun “platform tertutup” lain , yang tentunya bermaksud PlayStation dan Nintendo, tidak berminat dengan langganan seumpama Xbox Game Pass, Microsoft sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan tentang penawaran pengalaman Xbox sepenuhnya kepada platforn-platform itu.

“Orang selalu tanya saya tentang melancarkan satu-satu game atau game lain,” kata Spencer. “Dan apa yang saya kata adalah saya mahu pengalaman penuh Xbox menjadi sesuatu yang kami sajikan. Kami tiada perancangan untuk membawanya kepada mana-mana platform tertutup buat masa sekarang, faktor utamanya kerana platform-platform tertutup itu tidak mahu sesuatu yang seperti Game Pass.”

“Terdapat banyak platform terbuka di luar sana untuk kami berkembang: laman web, PC dan mobile. Jadi fokus kami, sejujurnya, adalah untuk platform-platform ini.”

“Ini bukanlah kecaman kepada mana-mana pihak yang mempunyai satu sistem yang baik untuk mereka. Saya nampak kenapa gangguan Game Pass bukan sesuatu yang mereka mahukan sekarang. Akhirnya, apabila kami kata kami mahu semua orang berpeluang bermain di Xbox, kami benar-benar maksudkan kalau kami boleh bawa pengalaman penuh itu ke satu peranti yang para pemain mahu, kami sentiasa terbuka untuk sebarang perbincangan.”

Xbox Game Pass merupakan sebuah langganan yang boleh dikatakan seperti Netflix untuk game. Pemain perlu membayar langganan bulanan yang berpatutan, dan mereka akan mendapat sejumlah barisan game, dari game-game pihak pertama keluaran Xbox sendiri, atau game-game keluaran pihak ketiga.

Servis langganan seumpama ini kemudian mendapat sambutan serta diikuti oleh beberapa syarikat penerbitan lain seperti EA dan Ubisoft. Malah, kemasukan Netflix ke arena gaming juga dikhabarkan akan menggunakan model yang sama.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Mungkin Haramkan Game Penuh Battlefield 2042 Kepada Pemain Yang Muatnaik Gameplay Percubaan Teknikal

Anime The Witcher Keluarkan Trailer Bahasa Jepun, Menampilkan Kugiran ROTTENGRAFFTY