in ,

Microsoft, Tencent Bekerjasama Untuk Bangunkan Age of Empires Mobile

Versi mobile untuk francais game real-time strategy (RTS) tersohor, Age of Empires kini sedang dibangunkan, hasil kerjasama antara Microsoft dengan Tencent.

Tencent memberikan tanggungjawab pembikinan game ini kepada TiMi Studios, iaitu studio terkemuka yang telah membangunkan banyak game mobile popular, antaranya Honor of Kings, Call of Duty Mobile dan Pokemon Unite.

Buat masa ini, menurut Daniel Ahmad, ia hanya akan dilancarkan di pasaran China dengan judul ‘Return to Empire’. Belum diketahui lagi sama ada versi mobile itu akan turut dilancarkan ke luar pasaran China ataupun tidak.

Return to Empire akan menggabungkan empayar-empayar dari Timur dan Barat, mengekalkan gameplay asas RTS.

Kerjasama strategik antara TiMi Studios dengan Xbox Game Studios ini telah diumumkan pada Mei 2021, dan adaptasi francais Age of Empires merupakan projek pertama dalam kerjasama ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield 2042: Mode Hazard Zone Mungkin Banyak Persamaan Dengan Escape from Tarkov

EA Mungkin Haramkan Game Penuh Battlefield 2042 Kepada Pemain Yang Muatnaik Gameplay Percubaan Teknikal