September lalu, Microsot telah melakukan satu langkah yang cukup besar, iaitu mengambil-alih Zenimax Media, sekaligus kini memiliki game-game di bawah Bethesda Softworks, Bethesda Game Studios, id Software, ZeniMax Online Studios, Arkane, MachineGames, Tango Gameworks, Alpha Dog, dan Roundhouse Studios.
Menurut laporan Eurogamer, ketua pegawai kewangan Xbox, Tim Stuart mendedahkan yang Microsoft tiada niat untuk menarik kandungan-kandungan olehBethesda daripada dilancarkan di platform PlayStation atau Nintendo.
Beliau menjelaskan bahawa Microsoft dan Bethesda akan terus menjual game-game mereka di platform-platform yang sudah wujud pada hari ini. Walau bagaimanapun, Stuart mengatakan yang ada sesuatu yang bakal berubah dalam model bisnes mereka terhadap game-game Bethesda.
Tiada keputusan muktamad pada ketika ini, namun beliau memberikan gambaran bahawa game-game Bethesda akan datang mungkin akan “dilancarkan terlebih dulu atau lebih baik atau paling baik” di platform Xbox.
Beliau tegas mengatakan yang tiada sebarang kandungan eksklusif dirancang pada ketika ini.
Comments
Loading…