in , ,

Microsoft Poland Secara Tidak Sengaja Membocorkan Sokongan Mouse Dan Keyboard Untuk Xbox One

Microsoft Poland nampaknya secara tidak sengaja telah mengumumkan sokongan mouse dan keyboard untuk Xbox One.

Walaupun sokongan mouse dan keyboard untuk konsol selalu menjadi tajuk yang kontroversi, Microsoft selalu mengekalkan bahawa ianya adalah idea terbuka. Nampaknya pengguna Xbox One akan mendapat sokongan itu tidak lama lagi.

Microsoft Poland mengesahkan bahawa sokongan mouse dan keyboard sedang berada dalam pembangunan dalam satu post yang telah dibuang di Windows Latest.

Kenyataan di laman web Windows Latest sebelum ia dibuang. Sumber: Gamerpros

“Sesetengah pemain lebih suka untuk menguasai dunia alam maya dengan¬†controller. Ada juga yang menghargai ketepatan dengan pergerakan mouse. Ada juga yang tidak boleh bayangkan bermain dengan apa sahaja selain keyboard. Sekarang, pemilik Xbox One termasuk model S dan X boleh memilih aksesori mengikut kemahuan mereka. “PC Master Race?” Terima kasih kepada sokongan keyboard, kami boleh bercakap mengenai “Xbox Master Race”.” Kenyataan yang tertulis dalam post tersebut.

Seseorang mungkin telah menekan butang pengumuman terlalu awal. Walau apapun, ia masih tidak jelas bagaimanakah implementasi ini akan dilaksanakan. Jadi kita perlu menunggu pengumuman yang lebih kukuh untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Macam Mana Rupanya Kalau Uncharted Dikeluarkan Pada Tahun 1998 Semasa Era PS1?

Aplikasi Apple Store Kini Memaksa Game Yang Mempunyai Loot Boxes Untuk Mendedahkan Item Mereka

Aplikasi Apple Store Kini Memaksa Game Yang Mempunyai Loot Boxes Untuk Mendedahkan Item Mereka