in , , ,

Microsoft Mungkin Memperkenalkan Harga Game Pass Lebih Murah Dengan Sokongan Iklan

Satu tinjauan rasmi yang dilakukan oleh Microsoft ada bertanya sama ada pemain sanggup untuk membayar langganan lebih murah daripada bayaran Xbox Game Pass sekarang.

Menurut Windows Central, salah satu pilihan melihat pemain mahu membayar lebih murah tapi dengan akses kepada game eksklusif Xbox ditunda — mungkin lewat enam bulan. Langganan yang lebih murah ini juga mungkin akan dimasukkan iklan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan.

Walaupun tinjauan tersebut bukanlah sesuatu yang pasti akan berlaku, Microsoft dilihat sedang mencari jalan untuk mengembangkan pelanggan-pelanggan Game Pass, yang mana ketua Xbox, Phil Spencer telah mengakui bahawa bilangan langganannya agak perlahan di konsol berbanding di PC yang lebih memberangsangkan.

Menurut Microsoft pada bulan Januari 2022, Game Pass sudah mempunyai lebih daripada 25 juta pelanggan. CEO Microsoft, Satya Nadella juga mengatakan perkembangan penggunaan Game Pass meningkat adalah disebabkan oleh penggunaan semua platform yang berada luar dari konsol Xbox.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Returnal Untuk PC Kena Ada 32GB RAM Untuk Capai Recommended Specs

Mod Messi VS Mbappe Dalam God of War