in , ,

Microsoft Mengumumkan Xbox Game Pass, Permainan Gaya Netflix Untuk Xbox One

Microsoft sedang bergerak ke dalam dunia langganan permainan gaya Netflix dengan Xbox Game Pass. Perkhidmatan bulanan yang akan datang pada musim bunga ini yang akan memberikan korang pilihan permainan yang mana korang boleh muat turun dan mainkannya di Xbox One korang pada harga $9.99 (RM44.36) sebulan.

 

Cerita sebenar: Perkhidmatan ini akan menggumpulkan lebih 100 game, termasuk Halo 5: Guardians, Payday 2, NBA 2K16 dan Soul Calibur II.

“Satu perkara yang terbaik mengenai Xbox Game Pass adalah anda boleh mencari dan memuat turun game penuh secara langsung pada Xbox One anda,” Mircrosoft mengumumkannya di laman web rasmi mereka.

“Ini bermakna secara berterusan, permainan full-fidelity tanpa perlu risaukan tentang isu-isu streaming, jalur lebar, atau sambungan. Di samping itu, semua game Xbox One dalam katalog dan berkaitan add-ons akan disediakan untuk dibeli pada harga diskaun khas untuk ahli Xbox Game Pass. Supaya korang boleh membuat permainan yang korang suka sebagai sebahagian daripada koleksi tetap di dalam perpustakaan anda untuk bermain apabila anda mahu. Setiap bulan game baru akan keluar ke dalam langganan dengan beberapa keluaran untuk memberikan anda sebuah koleksi yang sentiasa mengemaskini game.”

Mana-mana game yang korang beli dengan menggunakan perkhidmatan ini akan dijual kepada korang dengan 20% diskaun.

Satu pra-tonton program alpha akan bermula pada hari ini dengan bilangan game “yang sangat terhad” dan pelanggan Xbox Live Gold akan dapat mencubanya program tersebut pada musim bunga ini. Ia juga kedengaran seolah-olah perkhidmatan ini mungkin boleh didapati, sebagai sebahagian daripada PC.

Pada mulanya Xbox Game Pass disebutkan akan turut boleh dimainkan di Windows 10, namun laman web rasmi telah disunting untuk membuang sebutan peranti Windows 10. Ini adalah kenyataan asal mereka:

“Xbox Game Pass hanya boleh didapati pada Xbox One dan peranti Windows 10.” Microsoft menyatakan. “Walaupun beberapa game Xbox 360 backward compatible akan dimasukkan ke dalam Xbox Game Pass, game-game tersebut tidak boleh didapati pada konsol Xbox 360 melalui langganan anda.”

Kemudian, bercakap kepada Polygon, Microsoft telah mengesahkan sebaliknya:

“Adalah penting untuk kita menyediakan Xbox Game Pass sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan dan lancar. Sekarang kami fokus kepada pelancaran Xbox Game Pass untuk konsol Xbox One dan berharap untuk perkhidmatan ini kepada komuniti Xbox yang lebih luas pada musim bunga nanti.”

Ini adalah satu anjakan yang menarik dari game premium tradisional di konsol, walaupun daya maju perkhidmatan tersebut mungkin akan bergantung kepada kualiti permainan yang ditawarkan untuk memuat turun dan bermain pada setiap bulan. Microsoft telah menyatakan bahawa 2K, 505 Games, Bandai Namco Entertainment, Capcom, Codemasters, Deep Silver, Focus Home Interactive, Sega, SNK Corporation, THQ Nordic GmBH, Warner Bros. Interactive Entertainment dan Microsoft Studios semua telah ditandatangani untuk menyediakan game untuk perkhidmatan tersebut.

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Xbox untuk mengetahui dengan lebih lagi mengenai Xbox Game Pass.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Twitch Mahu Menjual Game PC Di Channel Streamers - Mahu Saingi Platform Jualan Game Steam!

Twitch Mahu Menjual Game PC Di Channel Streamers – Mahu Saingi Platform Jualan Game Steam!

3 Lagi DLC Battlefield 1 Akan Datang Kini Diumumkan - In the Name of the Tsar, Turning Tides Dan Apocalypse

3 Lagi DLC Battlefield 1 Akan Datang Kini Diumumkan – In the Name of the Tsar, Turning Tides Dan Apocalypse