in , , ,

Microsoft Mengacah Death Stranding Akan Dimasukkan Dalam PC Game Pass?

Seperti yang kita semua tahu, Death Stranding yang dibangunkan Kojima Productions merupakan sebuah game eksklusif untuk PlayStation.

Tapi nampaknya situasi itu mungkin bakal berubah kerana Microsoft kelihatan seperti sedang mengacah untuk memasukkan game open-world itu ke dalam langganan PC Game Pass.

Dalam satu tweet oleh akaun rasmi PC Game Pass, ia telah memberitahu bahawa akaun itu telah menukar profile picture yang baharu. Apabila kita klik dan besarkan gambar itu, ia kelihatan seakan sama dengan landskap bukit-bukau yang ada dalam Death Stranding.

Malah ada peminat yang sudah mula mencari dan membandingkan screenshot sebenar dari Death Stranding dengan profile picture baharu yang digunakan akaun PC Game Pass itu.

Hal ini sememangnya satu perkembangan yang menarik sekiranya ura-ura ini adalah benar. Kojima Productions mungkin tidak akan melancarkan Death Stranding terus ke platform Xbox kerana ia pastinya akan membuatkan pihak Sony ‘panas’. Tapi sebaliknya, mereka mungkin hanya akan melancarkan game itu ke platform PC, melalui langganan PC Game Pass.

Jun lalu, Kojima Productions telahpun mengumumkan kerjasama dengan Microsoft dan Xbox untuk membangunkan sebuah game baharu. Studio itu kemudian meredakan keadaan dengan menegaskan yang mereka masih mempunyai hubungan yang baik dengan Sony dan PlayStation.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Banyak Game Bagus Mula Meninggalkan PC Game Pass – Hades, NBA 2K22, Two Point Hospital, Banyak Lagi

EA Halalkan Pemain Yang Terbeli FIFA 23 Dengan Harga Hanya 30 Sen Kerana Glitch