in , , ,

Microsoft Memperkenalkan Sistem Achievements Baru Untuk Xbox One, Akan Ada “Careers” Dan Ganjaran

Korang tidak puas hati dengan sistem Achievements Xbox sekarang? Memburu Gamerscore tidak berhasil lagi buat korang? Jika ya, Microsoft mungkin ada jalan penyelesaiannya.

Menurut Windows Central, sistem Achievements Xbox yang baru akan diperkenalkan oleh Microsoft akan kelihatan lebih daripada sekadar Gamerscore.

Sistem “Careers” yang baru akan berganding bahu dengan program Achievements sekarang yang telah dicipta sejak generasi yang lepas. Ini akan ditambah untuk diberikan kepada pemain yang fokus terhadap yang mana majoritinya menghabiskan masa bermain mereka kepada satu-satunya game kegemaran mereka.

Pemain akan mendapat “levels” dalam sistem Careers ini serta juga akan mendapat ganjaran seperti loot crates dengan item-item kosmetik untuk sistem Avatar yang baru. Penambahan “Quests” akan menjadi sebahagian daripada sistem terbaru ini yang akan terikat dengan sesetengah game.

Subdomain terbaru untuk halaman Xbox Live juga akan ada dan akan dihubungkan ke sistem Achievements dan Careers baru.

Ini masih lagi menjadi khabar angin buat masa sekarang. Apa-apa pun, kita hanya perlu nantikan pengumuman rasmi dari pihak Microsoft tentang sistem terbaru ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Sahkan Yang Tarikh Pelancaran God of War Akan Didedahkan Dalam Masa Terdekat

Pokemon Go Menghentikan Sokongan Dalam Peranti-Peranti iOS Yang Lama