Banyak syarikat video game telah mula untuk meningkatkan fungsi platform masing-masing untuk bersedia menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar dan Microsoft ialah salah satu daripadanya.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat Microsoft, CEO Satya Nadella telah menyatakan perancangan teknologi mereka untuk masa hadapan. Beliau menyatakan bahawa syarikat itu mahu menjadi seperti “Netflix versi gaming” melalui projek baru iaitu Project xCloud yang mana akan membenarkan pengguna melakukan penstriman dengan game-game di mana-mana peranti. Khabar angin juga ada muncul sebelum ini, mengatakan Microsoft mahu melancarkan konsol Xbox memfokuskan kepada penstriman.

Menurut Nadella, pengguna akan boleh mengakses games melalui mana-mana peranti, dari komputer riba ke telefon pintar. Ini akan menghapuskan keperluan untuk television dan konsol game, yang mana tidak ramai yang ada.

Rancangan ini tidak mengejutkan bagi ramai peminat kerana Microsoft sudah pun mempunyai perkhidmatan seperti Netflix iaitu Xbox Game Pass yang mana membenarkan pengguna untuk bermain game-game dengan kadar bayaran bulanan. Walaupun ianya bukanlah perkhidmatan penstriman, namun ia telah membuktikan keberkesanannya kepada peminat. Dengan versi penstriman, pasti ia akan menjadi batu loncatan untuk Microsoft.

Microsoft bukanlah satu-satunya syarikat yang ingin melancarkan perkhidmatan penstriman. Amazon dan Google juga mengumumkan rancangan untuk mencipta perkhidmatan penstriman mereka sendiri. Ia sememangnya akan memberikan saingan kepada Project xCloud dari Microsoft.

JomKomen!