in , , , , ,

Microsoft Mahu Dapatkan Game-Game Dari China Selepas Melihat Kejayaan Genshin Impact

Microsoft dikatakan sedang mencari game-game keluaran China dengan Genshin Impact sebagai contoh utama.

Menurut Reuters, kejayaan Genshin Impact yang berada di platform PC, PlayStation, dan mobile telah memberikan Microsoft untuk melakukan tindakan lebih drastik.

Microsoft juga dikatakan sedang membina studio sendiri di China untuk membawa lebih banyak game keluaran China ke dalam Game Pass.

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Microsoft juga berasa kesal kerana terlepas perjanjian dengan MiHoYo semasa Genshin Impact belum dikeluarkan. Salah satu sumber mengatakan bahawa pilihan untuk membawakan game RPG itu ke PlayStation telah menyebabkan untung yang banyak bagi pihak Sony.

Baru-baru ini Genshin Impact telah meraikan ulang tahun kedua. Game itu telah mencapai keuntungan $3.7 bilion (~RM17 bilion) di mobile sahaja. Negara China juga merupakan tumpuan utama apabila melibatkan perbelanjaan pemain. Merangkumi 33% dari keuntungan global bagi mobile.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

God of War Ragnarok Akan Menyokong Framerate Sehingga 120 FPS

The Witcher Remake Kini Dalam Pembangunan Oleh CD Projekt Red