in , , , ,

Microsoft Hentikan Pengeluaran Xbox 360!

xbox-360-ke-penghujung-001

Akhirnya riwayat konsol dari Microsoft iaitu Xbox 360 sudah pun sampai ke penghujungnya.

Berita ini disahkan sendiri oleh boss Xbox iaitu Phil Spencer. Xbox 360 sudah berada di pasaran dunia hampir 10 tahun sejak ia dilancarkan dan sudah pun mencatat jualan sehingga 78 juta unit.

Walaubagaimanapun, Xbox 360 masih boleh dimiliki kerana jualan untuk unit yang masih ada akan diteruskan dan jualan akan diteruskan sehingga semua stok pada pengedar habis.

xbox-360-ke-penghujung-002

Selain itu ada beberapa features yang masih dikekalkan, antaranya Xbox Live, kedai online Xbox 360’s dan juga servis online. Spencer juga menambah bahawa pemilik Xbox One kini boleh memainkan kesemua game dari konsol Xbox 360.

Berikut kenyataan Phil Spencer mengenai Xbox 360:

“Xbox 360 means a lot to everyone in Microsoft. And while we’ve had a amazing run, the realities of manufacturing a product over a decade old are starting to creep up on us. Which is why we have made the decision to stop manufacturing new Xbox 360 consoles. We will continue to sell existing inventory of Xbox 360 consoles, with availability varying by country” – Phil Spencer

Xbox 360 sepanjang kewujudannya telah meninggalkan legasi yang boleh dibanggakan dan juga meninggalkan memori gaming samada yang buruk ataupun yang baik. Antara game yang meletup bersama Xbox 360 ialah Halo, Gears Of War, Mass Effect, Lost Odyssey dan banyak lagi.

Salam perpisahan Xbox 360.

ADIOS!!

What do you think?

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dark Souls: Board Game Dilancarkan di Kickstarter!

Suka Duka Beta: Battleborn – Gameplay Solid, Perlukan Lebih Content!