in , , ,

Microsoft Dituduh Meniru Hasil Kerja Seni Seorang Peminat PUBG Dalam Satu Iklan

Microsoft telah menarik keluar iklan PlayerUnknown’s Battleground dari media sosialnya selepas pencipta asal karya seninya mengadu tentang persamaan yang terdapat pada hasil kerja mereka.

Seorang pengguna Reddit bernama Macsterr telah mencipta konsep iklan untuk PUBG versi Xbox One yang telah dilihat oleh beribu penonton. Dan apabila media sosial Microsoft mengeposkan iklan mereka, terdapat banyak persamaan.

Hasil kerja yang dicipta oleh Macsterr

Tidak menerima sebarang kredit, Macsterr menunjukkan persamaannya di Reddit yang mana telah menarik perhatian Larry “Major Nelson” Hryb dari Microsoft sehari kemudian.

“Hai semua, saya mahu memberitahu kamu semua bahawa perkara ini sedang disiasat. Buat masa ini, siaran rasmi kami akan menarik aset yang menimbulkan tanda tanya. Saya akan mengikuti perkembangan dari OP/u/ Macsterr sebaik sahaja saya mendapat maklumat dengan lebih lanjut.”

Iklan PUBG yang dikeluarkan di media sosial Microsoft

Tiada perkembangan terkini sama ada dari pihak Microsoft atau pihak Macsterr sejak itu. Namun, Microsoft sangat cepat dalam memberi respon terhadap aduan dari peminat.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pokémon GO: Game Berteknologikan Augmented Reality Bakal Tiba Bulan Hadapan!

Waktu Pelancaran Pokemon Go Di Negara China Telah Disahkan, Akan Dilancarkan Pada Separuh Kedua Tahun 2018

Video Terbaru Dragon Ball FighterZ Paparkan Betapa Seronoknya Bermain Game Ini