in

Microsoft Dilaporkan Sedang Menyiapkan Prototaip Controller Bagi Telefon Pintar & Tablet

Controller yang berkualiti untuk mobile gaming? Mungkin ramai akan berminat.

Menurut laporan dari Windows Central, Microsoft kini sedang melakukan penyelidikan bagi menyiapkan controller prototaip bagi mereka yang meminati mobile gaming. Controller ini direka untuk serasi dengan pelbagai peranti disamping memberikan kawalan yang selesa dan tepat berbanding dengan kawalan sentuh di skrin.

Perkara ini tidaklah mengejutkan, memandangkan ianya serasi dengan fokus baru Microsoft untuk membawa lebih banyak game-game yang lebih berkualiti ke dunia mobile gaming melalui Project xCloud.

Walaupun terdapat banyak controller untuk mobile kini sudah dipasaran, penulis yakin controller ini setanding kualitinya dengan controller Xbox One dan mempunyai software support yang lebih mantap dari Microsoft.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Google Play Store Mungkin Akan Memperkenalkan Langganan Premium Seumpama PlayStation Plus

Google Play Store Mungkin Akan Memperkenalkan Langganan Premium Seumpama PlayStation Plus

Companion App Untuk Red Dead Redemption 2 Ada Klu Yang Game Ini Akan Dilancarkan Ke Platform PC