in ,

Microsoft Dilaporkan Sedang Membina Xbox Baru!

Adakah Microsoft akan mengikut jejak Sony dalam membina console dalam versi dinaiktaraf?

xbox

Sedang sibuk khabar angin mengatakan Sony sedang membangunkan PS4 versi dinaiktaraf, timbul pula cakap-cakap yang mengatakan Microsoft juga sedang membina pelbagai prototaip untuk reka bentuk Xbox yang baharu.

JomBaca: PlayStation 4.5: Diberi Nama Kod Sebagai NEO, Mempunyai Pelbagai Naik Taraf

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Verge, beberapa sumber Xbox telah memberitahu mereka bahawa sekurang-kurangnya beberapa prototaip telah “diuji dengan pelbagai komponen dinaiktaraf yang digunakan untuk meningkatkan prestasi di PC gaming”.

xbox-elite-wireless-controller-front-back

Walau bagaimanapun, prototaip adalah sesuatu yang sentiasa dibina oleh syarikat-syarikat ini dari semasa ke semasa. Maka, ia mungkin juga hanyalah ujian yang mereka tidak akan pasarkan sama sekali kepada umum.

Apatah lagi, sebelum ini Head of Xbox, Phil Spencer berkata beliau bukan peminat kepada versi baharu Xbox “One Point Five” (nama yang direka sendiri selepas khabar angin PS4.5). Beliau berkata, sekiranya mereka ingin mengeluarkan console yang baharu, pastinya mereka akan berganjak ke satu tahap yang jauh lebih besar, bukan hanya sekadar update yang kecil.

JomBaca: Prototaip PlayStation 4K Dilaporkan Sudah Siap Dibangunkan Makmal R&D Sony

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fairy Fencer F: Advent Dark Force: Versi Bahasa Inggeris Bakal Menemui Korang Julai Ini!

Rocket League Kini Mengumpulkan 14 Juta Pemain!