in , ,

Microsoft Dilaporkan Mula Rancang Beli Studio Game Jepun Selepas Sony Kelihatan Mengabaikan Pasaran Jepun

Bercakap soal game-game yang dibangunkan oleh studio-studio dari Jepun, ia lebih sinonim dengan PlayStation atau Nintendo kerana sebagai sebuah syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat, Xbox lebih banyak menerbitkan game dari studio-studio Barat.

Walau bagaimanapun, trend ini mungkin bakal berubah berdasarkan laporan terbaharu ini.

Menurut Bloomberg, Microsoft kini berhasrat untuk mengembangkan portfolio studio milik mereka dengan mengambil-alih studio pembangunan game di Jepun, sama ada yang besar mahupun kecil.

Beberapa studio yang berpangakalan di Jepun dikatakan telah dihubungi oleh Microsoft bagi mendapatkan pengambil-alihan. Beberapa studio ini yang tidak mahu namanya didedahkan oleh Bloomberg, menyatakan ketua operasi Xbox di Asia, Jeremy Hinton berkata “Microsoft sentiasa terbuka kepada sebarang perbincangan dengan para pembangun yang sesuai.”

Sumber ini juga menolak sebarang komen terhadap pengesahan sama ada terdapat pengambil-alihan akan diumumkan tidak lama lagi.

Laporan ini turut menambah antara studio yang telah dihubungi Microsoft ialah Koei Tecmo, studio yang terkenal membangunkan siri Nioh, Hyrule Warriors dan Dead or Alive, antara lain. Presidennya, Hisashi Koinuma dilaporkan berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk melancarkan lebih banyak game di Xbox sekiranya syarikat dari Amerika Syarikat itu menunjukkan minat berterusan di Jepun.

Xbox Berhasrat Beli Lebih Banyak Studio Game Lain, Kata CEO Microsoft

Penganalisis dari Ace Research Institute, Hideki Yasuda pula berkata:

“Xbox memiliki peluang untuk menjadikan Jepun sebagai pasaran kedua terbesar mereka selepas Amerika Syarikat kalau mereka mengambil langkah bijak untuk beberapa tahun mendatang. Perhatian Sony [terhadap pasaran Jepun] kini sedang tergelincir dan para peminat mula nampak. Microsoft tidak akan mengambil kedudukan nombor dua Sony [selepas Nintendo] di Jepun dalam masa terdekat, tapi sekurang-kurangnya ia sudah mula melakukan perubahan. Sesuatu yang besar bermula dengan yang kecil dulu.”

Maklum tentang dakwaan ini, Sony sudahpun mengeluarkan kenyataan, menafikan yang mereka mengabaikan para peminat Jepun. Wakil Sony, Natsumi Atarashi bercakap kepada Bloomberg dengan mengatakan segala dakwaan yang Sony beralih fokus jauh dari Jepun adalah tidak benar dan tidak menggambarkan strategi syarikat tersebut.

Beliau mengingatkan bahawa PS5 akan dilancarkan ke pasaran Jepun terlebih dulu dan menyatakan “pasaran asal kami sentiasa kekal sebagai yang paling penting.”

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Bulan ini akan menyaksikan permulaan kepada pertempuran baharu antara Sony dan Microsoft melalui konsol terbaharu masing-masing — iaitu PS5 dan Xbox Series X. Menarik untuk kita lihat apakah strategi untuk generasi ini oleh kedua-dua syarikat gergasi ini untuk pasaran Jepun khususnya, dan pasaran global amnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
FIFA 21 Akan Dilancarkan Pada Oktober - Beli Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5

EA Kata Ada 6 Jenis Game FIFA Berbeza Sedang Dibangunkan Untuk Mobile

Sony Jangkakan Jualan PS5 Akan Lebih Tinggi Berbanding PS4 Dalam Tempoh Tahun Fiskal Pertama

PS5 Menggunakan Tenaga Elektrik Lebih Rendah Berbanding PS4 Pro