in , , , ,

Microsoft Dilaporkan Mahu Tawarkan Call Of Duty Dalam PlayStation Plus

Microsoft dilaporkan sedang menawarkan Sony pilihan untuk menambah Call of Duty ke dalam langganan PlayStation Plus sebagai sebahagian daripada langkah ke arah pengambil-alihan Activision Blizzard yang sedang berjalan.

Menurut Bloomberg, tawaran ini dibuat oleh Microsoft kepada Sony selepas melihat kepada siri Call of Duty yang kekal di PlayStation untuk 10 tahun akan datang jika pengambil-alihan berjalan dengan lancar.

Microsoft mengumumkan pelannya untuk membeli Activision Blizzard yang bernilai $68.7 billion. Pelan tersebut telah menaikkan kebimbangan dari beberapa pihak tentang kesannya ke atas Call of Duty kepada platform lain.

Pihak yang paling menyuarakan kebimbangan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Sony. Sony menggunakan Call of Duty sebagai bantahan terhadap pengambil-alihan tersebut.

Pada bulan September lalu, Sony berkata dengan memberikan Microsoft kawalan ke atas game Activision seperti Call of Duty, perjanjian itu akan mendatangkan kesan negatif kepada gamer dan masa hadapan industri video game.

Sony percaya bahawa Call of Duty adalah francais yang tiada saingan dan perjanjian tersebut akan memberi impak kepada keekslusifan platform untuk kesemua game Activision Blizzard.

Pada bulan Oktober, Microsoft berkata jumlah pemain PlayStation adalah lebih besar daripada Xbox walaupun jika setiap pemain Call of Duty meninggalkan Sony. Dan menjadikan siri tersebut eksklusif kepada Xbox sahaja tidak menguntungkan kepada syarikat.

Tambahan pula, Microsoft juga mengumumkan bahawa pihaknya bersetuju dengan perjanjian 10 tahun untuk membawakan Call of Duty ke platform Nintendo jika pengambil-alihan Activision Blizzard berjaya.

Buat masa kini, beberapa pihak sudah mempersetujui perjanjian tersebut, termasuklah pihak berkuasa Brazil. Walau bagaimanapun ada pihak-pihak lain yang masih belum bersetuju. Terutamanya Competition and Markets Authority (CMA) yang sedang menjalankan siasatan terhadap perjanjian ini atas sebab anti-kompetitif.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply
  1. Hey There. I found your weblog the usage of msn. That is a very neatly written article. Josephine Jess ThayneWhat a joy and an honour to meet Kim and share on her podcast. What a vivacious, dynamic, caring, lovely hostess. Thank you for the opportunity to share a bit about my webinar and course and Journal, Broken to Beautiful–Transformed by God’s Power. I’m so thankful Kim is seeking truth as she looks into how to live in freedom in the now. What a blessing you were inspired to have this podcast to encourage, inspire, and bless others. I’m sure many have been blessed by your messages. I’m so thankful we are forever sisters. Love, Rena Groot xo

JomKomen!

Loading…

0

Ada Cameo Dari Game Insomniac Dalam Trailer Terbaru Spider-Man: Across the Spider-Verse

Adakah Ramalan EA Sports Yang Argentina Menang Piala Dunia FIFA 2022 Akan Jadi Kenyataan?