in ,

Microsoft Dilaporkan Mahu Paparkan Iklan Ke Dalam Game Percuma Xbox

Microsoft dilaporkan sedang membangunkan satu program yang akan membenarkan jenama-jenama untuk memaparkan iklan dalam game-game percuma (free-to-play) Xbox.

Laporan ini hadir daripada Insider, di mana beberapa sumber rapat dengan program tersebut turut memberitahu Insider bahawa iklan-iklan itu nanti tidak akan mengganggu gameplay.

Antara tempat yang boleh dipaparkan iklan tersebut adalah, sebagai contoh, di papan iklan dalam game racing seperti yang sering kita lihat dalam perlumbaan-perlumbaan permotoran di dunia sebenar.

Iklan seumpama ini mungkin akan memberikan kelebihan kepada jenama-jenama untuk meluaskan pemasaran mereka. Namun, walaupun ia tidak akan mengganggu pemain ketika gameplay, ia tetap akan menjengkelkan ramai pemain, dan Microsoft dilaporkan ambil peduli dan bimbang terhadap perkara ini.

Bagi mengurangkan kejengkelan pemain terhadap iklan itu, Microsoft dikatakan merancang untuk membina “pasaran persendirian”, di mana Microsoft hanya akan membenarkan sesetengah jenama terpilih sahaja ke dalam program tersebut.

Apa yang menarik adalah Microsoft dikhabarkan tidak berhasrat untuk mengambil sebarang potongan daripada pendapatan yang diiklankan dalam sesebuah game itu. Sebaliknya, pendapatan akan dikongsikan antara pembangun game itu dengan syarikat pengiklanan. Melalui cara ini, ia akan menarik lebih ramai pembangun untuk membangunkan dan melancarkan game percuma di platform Xbox.

Seperti yang kita tahu, cara utama para pembangun menjana pendapatan daripada game percuma adalah melalui pembelian dalam game (microtransactions). Melalui program pengiklanan ini, pembangun akan memiliki sumber pendapatan yang lebih banyak selain microtransactions, sama seperti yang kita lihat dalam kebanyakan aplikasi/game mobile.

Insider menambah yang mereka tidak dapat pastikan sama ada Microsoft sudah mula menwar-warkan program ini kepada jenama-jenama ataupun tidak, namun menyatakan yang kemungkinan besar iklan-iklan ini akan mula kelihatan sekitar suku ketiga tahun ini.

Ketika dihubungi Insider untuk memberi komen terhadap ura-ura ini, Microsoft menjawab ringkas:

“Kami sentiasa mencari cara-cara untuk memperbaiki pengalaman untuk para pemain dan pembangun tapi kami tiada apa-apa untuk dikongsikan.”

Menurut The Verge, konsep pengiklanan dalam game ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sekitar pertengahan sehingga lewat 2000-an, EA pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengiklanan, Massive, untuk membawakan iklan-iklan ke dalam game-game terbitan mereka seperti Madden NFL, Skate, NHL, NASCAR dan Burnout Paradise.

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman atau penafian daripada Microsoft.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima Nafi Sony Akan Ambil-Alih Kojima Productions, Selepas Beliau Sendiri Muat-Naik Logo PlayStation Studios

Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif Menjelang PS5

Sony Dilaporkan Akan Ambil-Alih Studio “Lebih Besar Daripada Kojima Productions”