Kalau korang menjangkakan langkah Microsoft seterusnya adalah membeli lebih banyak studio pembangun selepas pengambil-alihan Bethesda, korang mungkin tersilap.
Satu laporan telah timbul, mengkhabarkan yang Microsoft kini sedang cuba untuk mengambil-alih platfom perbualan gaming popular di PC, Discord.
Menurut VentureBeat, pihak Discord telah berhubung dengan beberapa syarikat untuk mencari calon pembeli. Antara syarikat yang mendahului pembelian ini adalah Microsoft iaitu dengan bidaan melebihi USD10 billion (sekitar RM41 billion).
Menurut laporan ini lagi, yang turut disahkan oleh Bloomberg, Discord sekarang sedang dalam “perbincangan untuk pengambil-alihan eksklusif dengan satu pihak”, yang mana pihak tersebut dikatakan adalah Microsoft.
Ura-ura ini dikuatkan lagi apabila Microsoft baru sahaja secara rasmi mengumumkan yang servis Xbox Live kini telah menukar labelnya kepada hanya kepada Xbox network. Walaupun Microsoft menyatakan faktor penukaran ini adalah disebabkan tidak mahu mengelirukan pemain antara Xbox Live Gold (yang dah pun digunakan sejak sekian lama), ramai menjangkakan ia sebenarnya ada kaitan dengan pengambil-alihan Discord.
Sekiranya khabar angin ini adalah sahih, apakah perancangan Microsoft untuk Discord dan Xbox? Mungkinkah kita akan menyaksikan Discord dibawa masuk ke konsol Xbox bagi memudahkan para pemain berbual semasa bermain online secara cross-play dengan pemain PC?
Apa pandangan korang?
Comments
Loading…