in , ,

Microsoft Dilaporkan Akan Memperkenal Pelan Keluarga Xbox Game Pass Sehingga 5 Pemain

Microsoft dilaporkan akan memperkenalkan pelan keluargan (Family Plan) untuk langganan Xbox Game Pass, yang dikatakan akan membenarkan perkongsian satu langganan bersama sehingga lima orang pemain.

Laporan ini hadir dari Windows Central, yang mana laman itu mengatakan mereka telah menerima berita ini daripada sumber-sumber rapat dengan Microsoft yang mereka percayai.

Menurut Windows Central, mereka sudah mendengar pelan ini sejak sekian lama, namun pada ketika itu Microsoft masih lagi dalam proses perbincangan tentang bagaimana royalti akan dibahagikan kepada penerbit-penerbit game yang ada dalam katalog Game Pass.

Kini, kata Windows Central, perbincangan sudah berjaya dan Microsoft sudah bersedia untuk mengumumkannya, dan dijangka akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Secara asasnya, pelan keluarga ini kelak akan membenarkan lima orang pemain mengakses keseluruhan katalog Game Pass, dan tentunya lebih murah jika dibandingkan lima orang melanggan Game Pass secara berasingan.

Selain butiran-butiran ini, tiada info lanjut yang diketahui Windows Central buat masa ini. Misalnya, belum diketahui lagi sama ada pelan keluarga ini akan memasukkan kedua-dua PC Game Pass dan Xbox Game Pass atau mengasingkannya.

Apa-apa pun, seperti biasa, anggap ini masih lagi dalam status khabar angin selagi ia belum didedahkan secara rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kemaskini 3rd Class Bawa Banyak Tahap Kuasa Baru Dalam Ragnarok X: Next Generation

Game Shooter Terbaru Riot Games, Valorant Akan Dilancarkan Pada 2 Jun

Valorant Versi Konsol Nampaknya Sudah Disahkan Dalam Pembangunan