in , , ,

Microsoft Dikhabarkan Sedang Membangunkan 2 Konsol Akan Datang – Salah Satunya Adalah Perkhidmatan Streaming

Dua konsol akan datang daripada Microsoft? Dengan 2 fungsi berbeza?

Khabar angin mula berlegar-legar yang mengatakan bahawa Microsoft akan mengeluarkan dua jenis konsol baru yang mempunyai fungsinya yang berbeza antara satu sama lain.

Semasa persidangan Microsoft di E3 2018, Ketua Xbox, Phil Spencer mendedahkan yang mereka sedang menghasilkan dua konsol terbaru. Spencer ada menyebut bahawa konsol itu berada di bawah kod nama ‘Scarlett’. Untuk konsol yang pertama, Microsoft akan membinanya secara tradisional seperti konsol-konsol yang lain yang mana ia mungkin lebih berkuasa dari Xbox One X.

Tetapi untuk konsol yang kedua iaitu Scarlett, menurut sumber dalaman dari Microsoft Brad Sams, Microsoft sedang mempersiapkan perkhidmatan streaming video game yang diberi kod nama ‘Scarlett Cloud’. Ia akan membenarkan syarikat itu untuk menjual versi yang lebih murah untuk konsol Scarlett yang mana kebanyakan konsol memerlukan kos yang tinggi untuk mengendalikan input tempatan melalui controller dan WiFi.

Menurut laman web Thurrott juga mengatakan bahawa konsol itu akan menjadi lebih ringan kerana kotaknya hanya menerima input dari controller, paparan imej di skrin dan kebolehan untuk mengesan pertukaran kepada perkakasan tempatan.

Jika khabar angin ini benar, versi streaming konsol itu akan memerlukan langganan yang lebih besar, bersama-sama dengan barisan versi Game Pass yang dilanjutkan. Namun dari sisi negatif, ia akan memerlukan akses internet yang pantas dan stabil yang mana mungkin akan menjadi masalah bagi sesetengah negara.

Pembangunan konsol Scarlett Cloud juga dikatakan lebih maju dari konsol versi tradisional itu kerana Microsoft mahu memastikan bahawa komponen-komponen yang ada pada konsol baru itu boleh digunakan pada konsol Scarlett Cloud.

Idea konsol streaming ini juga adalah untuk Microsoft menggunakan platform cloud mereka iaitu pelayan Azure untuk mencapai pusat data dari seluruh dunia. Ini bermakna Microsoft telah dapat selesaikan masalah isu latency dengan menggunakan perkhidmatan cloud yang mana jika pemain bermain game multiplayer dalam pusat server Azure, pemain akan menerima kurang latency kerana server multiplayer wujud hampir dengan perkhidmatan cloud Scarlett.

Pembangunan perkhidmatan streaming Scarlett akan bergerak bersama dengan pembangunan konsol tradisional. Walau bagaimanapun, kedua-dua konsol tersebut dilaporkan akan hadir pada tahun 2020.

Sumber: GreenManGaming

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kenapa Pro Evolution Soccer Makin Popular Dalam Arena Esports Bola Sepak Antarabangsa?

Gameplay PES 2019 VS Gameplay FIFA 19 – Saksikan Video Perbandingan Ini!