in , , , ,

Microsoft Dan Razer Dilaporkan Sedang Bekerjasama Untuk Sokongan Keyboard Dan Mouse Di Xbox One!

Kerjasama dengan Razer terus!

Penggunaan keyboard dan mouse di Xbox One sememangnya satu topik yang hangat. Wakil-wakil Microsoft sebelum ini telah mengatakan beberapa kali yang sokongan keyboard dan mouse akan tetap hadir ke konsol keluaran mereka itu.

Terbaru, menurut laporan Windows Central, Microsoft dilaporkan sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar aksesori gaming PC terkemuka, Razer untuk merealisasikan hasrat yang mereka telah rancangkan sejak sekian lama ini.

Laporan itu memperlihatkan dokumen yang tertiris daripada satu pembentangan yang dilakukan oleh Microsoft. Ia menyatakan yang sokongan keyboard dan mouse di Xbox One sudah sampai ke peringkat akhir dan dalam masa yang sama, Microsoft sedang bekerjasama dengan Razer untuk membawakan produk-produk yang sesuai untuk Xbox One.

Dokumen yang tertiris itu mengatakan yang Razer Turret Lapboard akan boleh digunakan di Xbox One. Selain itu, pencahayaan Chroma RGB daripada Razer akan turut berfungsi di Xbox One sama seperti apa yang mereka telah lakukan di PC. Main Xbox One dengan lampu lip-lap-lip-lap!

Di bawah adalah info yang telah tertiris daripada dokumen tersebut, memperlihatkan apakah fungsi-fungsi yang bakal ada dalam sokongan keyboard dan mouse di Xbox One kelak:

Microsoft pastinya sedang mengkaji bagaimana sokongan ini akan mempengaruhi gameplay di Xbox One. Pastinya penggunaan keyboard dan mouse akan memberikan kelebihan kepada pemain yang menggunakannya dalam beberapa game, terutamnya game shooter. Di bawah adalah apa yang dilaporkan Microsoft sedang pertimbangkan tentang keseimbangan gameplay ini:

Semestinya, laporan ini masih lagi dalam status khabar angin. Kita masih menanti sebarang kenyataan rasmi daripada Microsoft ataupun mungkin daripada Razer.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Channel Twitch Riot Games, Developer League Of Legends – Pecah 1 Billion Views!

PlayStation Experience Di Asia Tenggara (PSX SEA) Akan Kembali Pada Tahun Ini!