in , , , , , ,

Microsoft Dan Nintendo Main Kasar! Bergabung Keluarkan Trailer Cross-Play Minecraft Tanpa PS4!

Makin kasar permainannya.

Seminggu dua ini sememangnya hangat dengan drama cross-play. Fortnite Battle Royale telah dilancarkan di Nintendo Switch dan membenarkan fungsi cross-play dengan semua platform kecuali PS4. Kemaskini terbaru Minecraft juga telah membenarkan cross-play antara Switch dengan Xbox One.

Terkini, Nintendo dan Microsoft telah bergabung, mengeluarkan sebuah video trailer yang pastinya akan membuat punggung Sony kepanasan. Mereka telah mengeluarkan trailer Minecraft yang memaparkan fungsi cross-play antara Switch dan Xbox One.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Tak cukup dengan video trailer, Nintendo turut bermain kasar di Twitter dengan mengajak akaun Twitter Xbox untuk bermain dan membina bersama dalam Minecraft.

Apa agaknya respon Sony kali ini? Apakah akan ada video balas daripada Sony? Sama-samalah kita nantikan sambil-sambil kunyah kuih raya yang belum habis ini.

JomBaca: Punca Sony Tidak Mahu Benarkan Cross-Play Adalah Kerana Duit Semata-Mata, Kata Bekas CEO Sony Online

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Korang Tak Boleh Pandu Kereta Terbang Dalam Cyberpunk 2077

PUBG Mobile Menambah Pandangan First-Person Dan Mode Baru Mini-Zone