Microsoft telah mendakwa bahawa Sony telah membayar beberapa pembangun game untuk menghalang game mereka dimasukkan ke dalam langganan Xbox Game Pass.
Perkara ini didedahkan Microsoft dalam dokumen yang dihantarkan kepada autoriti Brazil yang meminta Microsoft menjawab beberapa persoalan mengenai pengambil-alihan Activision Blizzard, lapor VGC.
Microsoft mengatakan Sony secara aktifnya cuba untuk merencatkan perkembangan Game Pass dengan menghalang pelbagai kandungan daripada ditampilkan ke dalam langganan itu.
Kenyataan Microsoft ini merupakan respon kepada dakwaan Sony yang mengatakan dengan pemilikan Call of Duty oleh Microsoft, ia merupakan satu tindakan anti-persaingan. Sony berkata dengan langkah ini, para pemain akan terpengaruh untuk bertukar ke Xbox kerana Call of Duty adalah francais yang terlalu besar yang tiada saingan.
Selain Game Pass, Microsoft turut mendakwa Sony juga membayar sesetengah pembangun untuk menghalang game mereka dimasukkan ke dalam servis langganan lain, tanpa menyebut secara spesifik apakah servis tersebut.
Comments
Loading…