in , ,

Microsoft Beri Bayangan Harga Xbox, Langganan Game Pass Akan Naik

Ketua Xbox, Phil Spencer memberi isyarat bahawa Xbox Series X/S dan langganan servis Game Pass mungkin akan dinaikkan harga.

Bercakap dengan WSJ Live, lapor Tom Warren, Spencer mengatakan bahawa walaupun penting untuk mengekalkan harga asal produk, syarikat itu mungkin tidak boleh kekalkan buat selamanya.

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Harga konsol Xbox Series X/S, langganan Xbox Game Pass dan game-game lain sudah lama dikekalkan oleh syarikat tersebut. Spencer berkata syarikatnya mungkin akan menaikkan harga pada sesetengah produk.

Walaupun tiada pengumuman yang kukuh dikeluarkan oleh Microsoft tentang potensi peningkatan harga konsol, game dan langganan, kita mungkin akan melihat game eksklusif Xbox yang menerima peningkatan harga terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Microsoft pernah berkata untuk perancangan masa depan, peningkatan harga untuk konsol Xbox Series X/S tiada dalam senarai mereka.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply
  1. Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.

  2. Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you.

JomKomen!

Loading…

0

Steam Tingkatkan Harga Game, Ringgit Malaysia Naik Sehingga 40%

Integrasi Penuh Discord-PlayStation Dijangka Tiba Pada Mac 2023