Adakah percaturan Sony yang enggan membuka saluran cross-play sebelum ini bijak? Microsoft mahu cross-play antara PC, Xbox, Nintendo Switch, iOS dan Android!

Microsoft sedang menyiapkan software development kit (SDK) yang akan membolehkan developer menggabungkan khidmat Xbox Live ke dalam mana-mana game yang boleh dimainkan di PC, Xbox, iOS, Android dan Nintendo Switch.

Dalam satu sesi GDC, Windows Central melaporkan Microsoft akan mengumumkan usaha cross-platform mereka ini pada bulan hadapan.

Dengan SDK ini, Xbox Live yang kini digunakan 400 juta perkakasan gaming dengan 68 juta gamer yang aktif akan berkembang menjadi lebih dari 2 billion perkakasan gaming!

Dalam usaha Microsoft untuk berkembang keluar dari pasaran PC dan Xbox, serta membawa software, servis dan game-game mereka ke platform pesaing — SDK ini nanti akan membolehkan developer menggabungkan fungsi cross-play, senarai kenalan, fungsi multiplayer, dan Achievement ke dalam smartphone pula.

Ini dilihat sebagai permulaan kepada usaha Microsoft dalam mempopularkan xCloud game streaming service yang akan boleh memainkan game terus dari cloud di platform PC, konsol, dan peranti mobile nanti.

Digabungkan dengan Microsoft Game Pass – sistem langganan game ala Netflix ini akan memberikan gamer akses kepada game walau apa peranti yang korang gunakan – itu pun jika developer membenarkan Microsoft mengawal dan mengendalikan aspek sosial dan multiplayer game mereka.

Microsoft akan mengumumkan rancangan mereka ini di Game Developers Conference pada 18 Mac nanti.

JomKomen!