in ,

Microsoft Arahkan Pemain Hentikan Hembus Asap Vape Ke Dalam Xbox Series X

Berita ini kedengaran aneh, tapi ia memang berlaku. Sekiranya korang banyak meluangkan masa di Internet semalam, timeline pasti dipenuhi dengan video konsol Xbox Series X mengeluarkan asap.

Kemungkinan hanya untuk bergurau, kononnya konsol XBSX mempunyai masalah dan mengeluarkan asap apabila ia menjadi terlalu panas. Tapi Microsoft telah dengan pantas untuk memberi respon kepada video-video viral ini, dan menafikan tentang tuduhan tersebut.

Dalam satu video lain, ada pemain yang menunjukkan bagaimana kepulan asap itu keluar dari konsol terbaharu itu. — dan ia sebenarnya asap yang keluar dari rokok elektronik (vape). Korang boleh saksikan video di bawah bagaimana kepulan asap itu dihasilkan.

Perkara ini tentunya turut mendapat perhatian daripada akaun Twitter rasmi Xbox. “Kami susah nak percaya yang kami terpaksa cakap ini, tapi tolong jangan hembus asap vape ke dalam Xbox Series X,” kata Microsoft.

Kami tidak pasti sama ada asap-asap vape ini boleh memberikan kesan buruk kepada hardware Xbox Series X ataupun tidak, namun perkara yang merepek seperti ini sepatutnya tidak dilakukan hanya kerana mahu menjadikannya viral.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 21 Kongsi Screenshot Pertama Untuk PS5 Dan Xbox Series X

Pra-Tempah PS5 Di Gamers Hideout Wajibkan Beberapa Bundle Sehingga Cecah RM3,248