Makin lama, makin meriah pulak teknologi controller konsol ni.

Baru-baru ini, Microsoft telah mendaftarkan paten bagi controller Xbox yang membolehkan korang menukar butangnya dengan butang dan aksesori tambahan.

Paling menarik perhatian kitorang tentang paten ini adalah keinginan Microsoft untuk menghasilkan controller Xbox yang boleh dilaras mengikut citarasa dan keselesaan pengguna masing-masing. Dapat dilihat, beberapa jenis aksesori bagi butang D-pad telah didaftarkan melalui paten tersebut.

Bagaimanapun, kitorang menjangkakan controller Xbox ini nanti akan dikeluarkan dengan harga premium, selari dengan fleksibiliti dan keselesaan yang diberikan.

JomKomen!