Ini ada berita yang amat menarik untuk penggemar produk Xbox di Malaysia.
Microsoft baru sahaja mengumumkan yang mereka akan membawakan controller Xbox secara rasmi kepada beberapa pasaran baru di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Perkara ini diumumkan oleh Jeremy Hinton, Pengarah Bisnes Asia Xbox dalam satu taklimat kepada para media.
Belum ada tarikh tepat bilakah controller Xbox ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Hinton cuma berkata yang ia akan dilancarkan dalam minggu-minggu atau bulan-bulan akan datang, berbeza mengikut negara.
Dalam taklimat tersebut, beliau menekankan yang controller Xbox boleh digunakan di Windows PC serta mendedahkan yang controller Xbox adalah controller yang paling popular digunakan di Steam.
Bagi korang yang tak tahu, walaupun sudah bertahun Xbox dilancarkan di negara-negara lain, ia tidak pernah masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi. Xbox yang selalu korang nampak di kedai-kedai gaming tempatan itu kebanyakannya adalah set import dari Singapura.
Hanya pada tahun lalu, Microsoft telah melancarkan PC Game Pass ke pasaran Malaysia – menjadikan ia adalah satu-satunya produk Xbox yang ada secara rasmi di Malaysia,
Melalui perkembangan terbaru ini, nampaknya memang Microsoft betul-betul nak bawa lebih banyak produk Xbox ke pasaran tempatan. Selepas controller, mungkin mereka akhirnya akan bawa konsol Xbox secara rasminya ke Malaysia?
Ini yang tak sabar kita nak tunggu!
Comments
Loading…