in ,

Michelle Yeoh Diumumkan Sebagai Bintang Dalam The Witcher: Blood Origin Sebagai Scian

Legenda kebanggaan Malaysia, Michelle Yeoh telah diumumkan sebagai salah seorang pelakon yang bakal membintangi The Witcher: Blood Origin yang sedang diterbitkan oleh Netflix.

Dato’ Michelle Yeoh akan membawakan watak Scian, makhluk terakhir dari bangsa ‘sword-elve’ bernomad dalam dunia Witcher. Scian digambarkan sebagai seorang cukup mahir dalam permainan pedang, serta telah melalui kehilangan cukup besar dalam hidupnya. Apabila munculnya peluang untuk beliau mengambil semula pedang suci yang telah dicuri dari bangsanya yang telah dihapuskan, Scian terpaksa menghadapi satu perjalanan yang bakal mengubah keseluruhan Continent.

Dato’ Michelle akan menyertai Laurence O’Fuarain yang akan membawakan watak sebagai Fjall.

Diberi judul The Witcher: Blood Origin, siri ini adalah prekuel, atau lebih tepat lagi, 1,200 tahun sebelum kejadian musim pertama The Witcher di Netflix. Siri spin-off yang akan membawakan enam bahagian (episod) ini menceritakan penciptaan prototaip pertama Witcher, dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Conjunction of the Spheres, apabila dunia raksasa, manusia dan elve digabungkan menjadi satu.

Declan de Barra merupakan penerbit eksekutif dan ketua teraju dalam siri ini dan Lauren Schmidt Hissrich pula sebagai penerbit eksekutif. Malah, penulis novel asal, Andrzej Sapkowski turut terlibat, bertindak sebagai konsultan kreatif.

Buat masa ini, Netflix belum menyatakan sebarang tarikh jangkaan bilakah siri ini akan ditayangkan di platform tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nintendo Switch Model OLED Baharu Diumumkan Secara Rasmi – Ini 10 Perkara Korang Perlu Tahu

PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

State of Play PlayStation Seterusnya Fokus Kepada Deathloop – Tiada Sekuel God of War, Horizon Forbidden West