Dalam The Phantom Pain, korang semua mesti selalu kehabisan resource macam Fuel, Precious dan Minor metal kan? Mesti tak pernah cukup! Ni semua sebab pelbagai benda nak di-upgrade! Kali ni kami compile mission-mission yang boleh korang farm pelbagai resource nih.
Mission 12 – Hellbound Farming (Fuel, Precious, and Minor)
Korang akan dapat dalam mission ni:
- 500 x Precious Metal.
- 7500 x Fuel.
- 4000 x Minor Metal.
Namun begitu, harus diingatkan bahawa untuk farming dalam misi ni korang memerlukan Wormhole upgrade untuk Fulton extraction korang.
Mula-mula korang kene settle-kan 2 orang guard kat depan pintu gua ni.
Dah settle 2 orang guard, korang naik platform di pintu gua tu dan…
Korang akan jumpe kargo-kargo untuk resource Mother Base 😀
Tunggu apa lagi, kita kasik Fulton lah!
Pastikan songlap semua kargo-kargo ni.
Bila dah settle semua kargo, korang pergi ke hujung map dan skip cutscene. Pastikan notification yang resource telah dapat di Mother Base.
Dah settle step atas, restart mission. Semua resource akan respawn. Korang ulang la sampai lebam atau sampai puas hati.
Mission 18 – Blood Runs Deep Farming (Common Metal)
Korang akan dapat dalam mission ni:
- 7500 x Common Metal container.
- 750 x Common Metal container.
Sebaik sahaja mission bermula, terus pergi ke outpost 4 atau marker yang berlabel A tu.
Disini korang akan jumpe kargo-kargo yang bakal di-farm.
Yang merah adalah 7500 Common metal.
Kargo putih biasanya mempunya jumlah resource yang kurang. Seperti dalam gambar diatas, hanya 750 Common metal.
Selepas selesai songlap kargo-kargo tu, korang lari jauh dari outpot tu. Biasanya dalam 100 meter, auto-save akan initiate.
Pastikan resource telah tiba di Mother Base.
Restart mission dan ulang step diatas hingga Common metal korang cukup 🙂
Mission 30 – Skull Face farming (Biological, Minor Metal)
Kali ni korang boleh farm dalam mission 30. Dalam mission ni korang boleh dapat:
- 50 x Precious metal.
- 4000 x Common metal.
- 7500 x Biological material.
Dalam mission ni, korang boleh elakkan semua combat. Kalau korang ada D-walker, bawak masuk dalam mission ni untuk memudahkan kerja. Lebih-lebih lagi kalau korang ada upgrade Fulton Ballista.
Nampak tempat aim tu, kat situ la korang nak pegi dan fulton segala kargo-kargo.
Precious metal yang mantop!
Jangan dilupa kontena Common metal dengan Biological Meterial ni.
Dari outpost tu, korang belok kanan dan ikut je main road hingga…
Korang jumpa simpang 3, belok kanan kt situ.
Terus sampai korang dapat notification segala resource dah sampai Mother Base.
Dan seperti biasa, korang restart mission hingga segala GMP dan resource memuaskan hati.
Selesai sudah guide farming resource untuk MGS: The Phantom Pain kali ini. Kalau korang ada cadangan tempat farming lagi, komen dan share supaya semua orang boleh tahu! 😀
Comments
Loading…