Korang dah tengok tak trailer MGS 5 di Gamescom? Jom tengok apa Kojima hint untuk fans beliau dalam trailer kali ni. HYPE!
Dalam scene ini korang boleh tengok era dimana Soviet Union menduduki Afganistan dan kontena bertulis FR adalah salah satu kontena yang boleh dibawa balik ke Mother Base.
Ini mungkin hint dari Kojima bahawa ini adalah MGS yang terakhir dari dia bersama Konami.
Ini merupakan bekas simpanan abu askar di Mother Base dan mebbe source abu yang disapu pada muka Big Boss seperti yang ditunjukkan dalam trailer. Dalam scene ini juga, dapat korang lihat ahli pasukan Mother Base menggayakan uniform yang berlainan. Mungkin mengikut pangkat ataupon boleh customise setiap seorang.
Next kita boleh tengok Mother Base diserang dan ramai ahli Diamond Dogs yang terkorban. Punca kejadian ini masih belum diketahui.
Line ini pasti merujuk kepada perbalahan yang tak henti antara Big Boss dan Zero. Atau mungkin ia juga merujuk kepada perbalahan antara Kojima dan Konami.
Then, kita boleh lihat sebuah bangunan di Afrika yang korang boleh infiltrate. Jadi jangan risau kalau MGS yang baru ni takde bangunan yang luas untuk korang selongkar.
Stylo kan brader Ocelot dalam scene ni? Kalau korang teringin nak stylo cam dia, spek mata dia tu nanti bakal dijual sebagai official merchandise untuk MGS 5.
Scene ini menunjukkan satu lagi map yang bakal korang infiltrate. Mungkin ini adalah tempat yang sama dengan dalam trailer sebelum ini yang menunjukkan kereta kebal melintas.
Jalan di kawasan ini juga akan membawa kita semua ke gudang yang menyimpan Metal Gear.
Ini menunjukkan pula pihak enemy pon boleh menggunakan decoy sama seperti Big Boss. Jadi korang kene hati – hati, jangan plak kene tipu dengan enemy.
Korang juga dapat lihat kali ni armor untuk D-Horse adalah berlainan dengan trailer sebelum ini. So mebbe ini adalah antara item yang korang boleh customise atau upgrade di Mother Base nanti.
Psycho Mantis yang muda remaja juga akan muncul dalam MGS5. Bagaimana dia akan mempengaruhi jalan cerita masih belum diketahui.
Big Boss dikejar lelaki berapi misteri! Lelaki ini juga dilihat sedang menunggang kuda berapi. Siapa jejaka hot ini masih belum diketahui, yang pasti bukan Human Torch dari Fantastic Four. (Nota dari penulis, filem Fantastic Four yang baru ni sucks!)
Big Boss sedang menyelamatkan Prisoner of War (POW) secara manual. Dapat dilihat bahawa POW tu dah cedera teruk dan jika dibawa pulang ke Mother Base menggunakan Fulton, dia kemungkinan akan mati. Ini ada diterangkan dalam E3 2015
Scene yang agak stylo menunjukkan Big Boss menghalakan senjata ke arah seseorang. Barangkali ia dihalakan ke arah Skull Face kerana senjata yang dipegang Big Boss adalah milik Skull Face.
Lelaki hotstuff misteri dapat dilihat secara dekat dalam scene ini. Mesti dia bajet ganas sebab badan dia berapi.
Gamescom 2015 Official Trailer.
Comments
Loading…