Kenali dua karakter terbaru ini!
Metronomik telah mengumumkan dua karakter baru yang akan dibawakan ke dalam No Straight Roads — iaitu yang diberi nama Kliff dan Celine, turut digelar sebagai Stars Of Vinyl City.
Kliff dikatakan sebagai peminat setia Bunk Bed Junction, dan sentiasa ingin menolong Mayday dan Zuke dalam memikirkan perancangan untuk mengecapi bintang muzikal NSR. Celine pula dikhabarkan sebagai memiliki aura terhadap muzik, stail dan rekaan yang tersendiri, atau dalam kata sentiasa mengikuti perkembangan fesyen.
Pada November lalu, mereka telah mendedahkan bahawa salah satu elemen tempatan yang akan dibawa masuk ke dalam game ini ialah elemen dikir barat.
No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.
Buat masa ini, Metronomik masih belum mendedahkan tarikh tepat pelancaran No Straight Roads, namun sudah menjadualkan yang ia akan dilancarkan pada tahun ini untuk PC dan PS4.
Comments
Loading…