in ,

Metronomik Kongsikan Muzik Penuh Yang Menenangkan Dari Trailer Sulung Ondeh Ondeh

Selain memperlihatkan seni konsep yang amat cantik, trailer sulung Ondeh Ondeh turut menarik minat ramai melalui muziknya yang sungguh menenangkan.

Melihat kepada maklum balas positif itu, Metronomik telah berkongsikan versi penuh muzik itu. Digubah oleh Falk Au Yeong, dan persembahan bansuri oleh Kristin Naigus, muzik ini digelar ‘Ondeh Ondeh Concept Piece’.

Jom dengarkannya:

Setelah melancarkan game pertama mereka dengan jayanya, Metronomik telah mengumumkan game kedua yang sedang dibangunkan mereka, berjudul Ondeh Ondeh.

Seperti yang tertera jelas melalui judulnya, ia diambil dari kuih tradisional kegemaran rakyat Malaysia, ondeh-ondeh.

Sama seperti game pertamanya iaitu No Straight Roads, Ondeh Ondeh juga merupakan sebuah game yang memfokuskan kepada muzik atau bunyi-bunyian. Namun, menurut Metronomik, Ondeh Ondeh akan membawakan elemen yang lebih aneh dan lebih berfantasi.

Buat masa ini, Metronomik masih belum mengumumkan tarikh pelancaran dan platform manakah Ondeh Ondeh akan dilancarkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Amy Hennig Dan Studionya Dilaporkan Sedang Membangunkan Game Ant-Man Atau Fantastic Four

Ini Senarai Penuh Harga Setiap Barangan Gaming Di IKEA Malaysia – Kerusi Bermula Dari RM299