November lalu, Metronomik telah mengumumkan game kedua mereka yang berjudul Ondeh Ondeh. Muzik penuh dari trailer pertama juga telah dikongsikan.
Terkini, Metronomik telah menguar-uarkan bahawa studio yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu sedang membuka jawatan kosong untuk diisi para pembangun bagi menyertai pasukan mereka dalam membangunkan Ondeh Ondeh.
Dalam kenyataan itu, Metronomik menekankan yang pengambilan itu akan mengutamakan bakat-bakat dari Malaysia, walau bagaimanapun warganegara lain turut dialu-alukan untuk memohon.
Antara pembangun yang mereka cari pada waktu ini adalah game designer, environment artist, character modeler, rigger, 3D animator dan VFX artist.
Kepada korang yang berminat untuk memohon, boleh hantarkan resume ke [email protected]
Ketahui lebih lanjut mengenai game Ondeh Ondeh yang sedang dibangunkan Metronomik di sini.
What a fantastic post !
This is so chock full of useful information. Your exuberance for writing is great.