in , ,

Metroid: Samus Returns Collector’s Edition Diumumkan – Sememangnya Menarik Bagi Peminat Siri Ini!

Sempat la nak kumpul duit sementara tunggu September nanti!

Metroid: Samus Returns telah diumumkan pada E3 oleh Nintendo. Ia akan mengambil video game Metroid 2: Return of Samus sebagai asas dan akan diimiginasikan semula dalam bentuk 3D dalam persekitaran 2D.

Bakal tiba September nanti, Metroid: Samus Returns Collector’s Edition telah diumumkan melalui laman web Nintendo UK. Berikut adalah kandungan bagi edisi tersebut:

  • Katrij Metroid: Samus Returns
  • Kod muat-turun bagi Metroid 2: Return of Samus
  • Bekas Steelbook yang berbentuk seperti katrij Game Boy
  • CD yang mengandungi 25 runut bunyi dari siri Metroid
  • Pin emas “S”
  • Morph Ball 3D keyring
  • Artbook yang mempunyai 40 muka surat

Metroid: Samus Returns akan diterbitkan pada 15 September untuk Nintendo 3DS.

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umumkan Assassin’s Creed Rebellion, Game Strategi RPG Free-To-Play Di iOS Dan Android Akan Datang

Super NES Classic Edition Diumumkan Oleh Nintendo – Mengandungi 21 Video Game Klasik Konsol Itu!