in , , ,

Metroid: Samus Returns – Aksi 2D Platformer Akan Ke Nintendo 3DS

Nampaknya Nintendo ingin mengembalikan zaman kegemilangan siri Metroid.

Selain Metroid Prime 4, Nintendo juga telah mengumumkan akan menerbitkan Metroid: Samus Returns tidak lama lagi. Ia merupakan sebuah projek untuk mengimiginasikan semula Metroid 2: Return of Samus yang telah diterbitkan pada tahun 1991 untuk konsol Game Boy.

Metroid: Samus Returns akan tetap mengekalkan dunia 2D platformer tetapi dalam dunia yang telah dijanakan dalam bentuk 3D. Aksi-aksi sinematik juga akan dibayangkan semula, pasti akan mengusik kembali kenangan lama bersama Samus.

Metroid: Samus Returns akan diterbitkan pada 15 September untuk 3DS.

Written by Zack Salleh

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Nintendo Umumkan Metroid Prime 4 Kini Sedang Dibangunkan Untuk Nintendo Switch

Nintendo Umumkan Metroid Prime 4 Kini Sedang Dibangunkan Untuk Nintendo Switch

Saksikan Trailer Baru Fire Emblem Warriors! Alkisah Kembar Dan Dendam Naga!