in , , , , ,

Metro Exodus Janjikan Map Lebih Besar Di Permukaan Bumi, Boleh Gunakan Kenderaan!

Memang lain dari Metro yang korang kenal selama ini!

Bagi peminat francais game FPS survival horror, Metro iaitu Metro 2033 dan Metro Last Light – korang pasti akan teringat aksi tembak-menembak melawan makhluk mutasi dunia bawah tanah yang penuh kegelapan dan radiasi.

Menurut satu artikel Game Informer, Metro Exodus nanti akan membawa korang keluar ke permukaan bumi (malangnya ia bukan game open-world) dan bermain misi-misi linear yang menggerakkan cerita in-game yang akan berlangsung selama setahun!

Ingat tak semasa 4A Games mengumumkan game ini di E3 dengan paparan art rasmi yang menunjukkan trek keretapi? Di permukaan, korang akan mengembara di atas Aurora, keretapi bergerak yang juga merupakan hab sosial Metro Exodus. Yang menariknya, rupabentuk Aurora dan penumpang di dalamnya akan berubah sepanjang perjalanan Metro Exodus nanti.

Selain itu, artikel tersebut menggariskan bagaimana Metro Exodus akan banyak menumpukan kepada sistem crafting, looting dan ekonomi baru.

Metro Exodus akan dilancarkan sekitar September – November 2018 nanti di platform PC, PS4, dan Xbox One.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Destiny 2: Mode PvP 2v2 Couple Double, Crimson Days Kembali Dengan Map Destiny 1

Monster Hunter: World: Boleh Beli or Boleh Blah?