Jangan kata abang tak payung!
Dengan pelancaran Metro Exodus pada tahun hadapan, korang mungkin ingin cuba melawat dunia Metro. Dapatkan game pertama dalam siri Metro ini, Metro 2033 sekarang PERCUMA selama 24 jam di Steam.
https://www.youtube.com/watch?v=Xc2hhef-Nzo
Lawati dunia pasca-perang nuklear yang membunuh umat manusia dan menjadikan permukaan dunia tidak selamat didiami. Penduduk Moscow lari untuk hidup di dunia bawah tanah – mengelakkan dari radiasi dan mutant yang berkeliaran di permukaan bumi. Gunakan serangan stealth ataupun senjata yang pelbagai, tetapi bilangan peluru yang kedekut – nikmati dunia Metro yang serba ganas ini.
Cepat dapatkan game ini sebelum tamat tempoh percuma!
Comments
Loading…