Dengan masa pelancaran Metal Gear Solid 5 yang tak sampai sebulan, pasti ramai tak sabar untuk melayan game ini sampai lebam nanti. Artikel kali ini adalah info mengenai markas anda di dalam MGS5 yang dikenali sebagai Mother Base.

Mother Base ini nanti bakal menjadi tempat untuk korang membuat senjata, armor, utiliti dan macam-macam lagi! Korang juga boleh upgrade Mother Base korang untuk membantu dalam misi – misi Metal Gear Solid 5.

Mother base akan terdiri daripada pelbagai platform seperti Research & Development platform, Support platform, Base Development platform, Intel platform, Medical platform dan Combat Unit platform.

Perkara paling penting untuk korang bangunkan Mother Base korang nanti adalah dengan mencari Non Playable Character (NPC) di dalam misi-misi korang nanti. NPC – NPC ini boleh dipengsankan dan dihantar ke Mother Base korang dengan menggunakan Fulton Balloon.

Setiap NPC mempunyai skill-skill yang tersendiri dimana ia boleh digunakan di dalam platform – platform yang ada di Mother Base. NPC juga boleh dihantar untuk misi – misi selain menghantar Snake

Maka dapat disimpulkan, dengan membangunkan Mother Base, korang akan dapat membantu mereka dalam misi – misi yang bakal dihadapi – sama seperti konsep yang digunakan dalam game Assassin’s Creed: Brotherhood.
Apa pun, enjoy final trailer untuk Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain. Layannn…
Comments
Loading…