in

Metacritic Memperkenalkan Cara Baru Untuk Halang Peminat Mengebom Reviu Terlalu Awal

Metacritic merupakan sebuah laman web yang menjadi rujukan ramai untuk mengetahui sama ada sesebuah game itu mendapat pujian atau krtikan daripada pengkritik atau peminat. Markah yang ada untuk setiap game itu dibahagikan kepada dua — iaitu markah dari pengkritik profesional (media) dan markah dari para peminat.

Baru-baru ini, timbul kontroversi apabila peminat The Last of Us Part II telah mengembom reviu game tersebut dengan memberikan markah yang terlalu rendah sebaik sahaja game ini dilancarkan. Puncanya adalah disebabkan mereka tidak suka dengan jalan ceritanya yang telah tertiris sebelum game ini dilancarkan secara rasmi.

Ini sememangnya satu tindakan yang tidak masuk akal memandangkan mustahil untuk menghabiskan game ini dalam waktu yang singkat sebegitu kerana seperti yang disebutkan dalam reviu JomGaming, game yang dibangunkan Naughty Dog mengambil masa 30 jam untuk dihabiskan.

Maka, Metacritic telah tampil dengan langkah baharu bagi membendung pengeboman reviu ini bermula dengan satu lagi game eksklusif PS4, iaitu Ghost of Tsushima yang baru sahaja dilancarkan pada Jumaat lalu.

Laman Ghost of Tsushima di Metacritic ketika artikel ini ditulis masih belum mempunyai markah dari peminat, hanya memaparkan markah dari pengkritik yang telah bermain game ini lebih awal. Boleh baca reviu JomGaming juga di sini.

Satu notis telah diletakkan sekiranya pemain ingin memberikan markah mereka: Metacritic menyuruh pemain meluangkan masa untuk main game ini dan datang semula untuk memberikan reviu kepada game ini pada 19 Julai, 3 pagi (waktu Malaysia).

Apa pandangan korang tentang tindakan terbaharu Metacritic ini? Setuju? Korang selalu menjadikan laman Metacritic sebagai sandaran sebelum membuatkan keputusan untuk mendapatkan sesebuah game? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Pandang Pertama DualSense PS5 Yang Sebenar - 7 Info Baru Yang Didedahkan Dalam Video Ini

Ini Pandang Pertama DualSense PS5 Yang Sebenar – 7 Info Baru Yang Didedahkan Dalam Video Ini

Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Pembangun Ghost of Tsushima Pernah Mempertimbangkan Untuk Buat Game Lanun, Sebelum Putuskan Era Jepun