in

Metacritic Dedahkan Markah Reviu Game Paling Tinggi Dalam Dekad Ini (2010-2019)

Metacritic merupakan antara laman web mengumpulkan markah reviu untuk filem, siri telvisyen, muzik dan video game yang terbesar di dunia. Menjelang, penghujung tahun 2019, dan penamat untuk dekad ini (2010-2019), Metacritic telah berkongsikan beberapa data menarik.

Antara data menarik yang dikongsikan ialah senarai senarai game dengan markah reviu paling tinggi dalam dekad ini di laman web tersebut. Kriteria yang diambil kira untuk dimasukkan dalam senarai ini ialah ia perlu mempunyai sekurang-kurangnya markah dari 15 pengkritik (bukan pengguna), dan sekiranya game itu dikeluarkan untuk lebih daripada satu platform, markah dari platform tertinggi akan diambil untuk dimasukkan dalam senarai ini.

2 game teratas nampaknya dirajai oleh dua game daripada Nintendo, iaitu Super Mario Galaxy 2 di tangga pertama dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild di tangga kedua. Lebih menarik, dua tangga seterusnya merupakan dua game dari studio yang sama, iaitu Rockstar Games — Red Dead Redemption 2 di tangga ketiga dan Grand Theft Auto V di tangga keempat. Malah, Red Dead Redemption yang pertama juga berjaya memasukan senarai 10 teratas.

Game eksklusif PlayStation dari Naughty Dog, The Last of Us juga cemerlang. Game asal yang dikeluarkan untuk PS3 menduduki tangga kelapan, dan versi remastered-nya untuk PS4 pula menduduki tangga kesembilan.

Berikut ialah senarai game yang mendapat markah reviu tertinggi dalam dekad ini:

  1. Super Mario Galaxy 2 (Wii, 2010) — 97 markah
  2. The Legend of Zelda: Breath of the Wild (Switch, 2017) — 97 markah
  3. Red Dead Redemption 2 (PlayStation 4, 2018) — 97 markah
  4. Grand Theft Auto V (PlayStation 4, 2014) — 97 markah
  5. Super Mario Odyssey (Switch, 2017) — 97 markah
  6. Mass Effect 2 (Xbox 360, 2010) — 96 markah
  7. The Elder Scrolls V: Skyrim (Xbox 360, 2011) — 96 markah
  8. The Last of Us (PlayStation 3, 2013) — 95 markah
  9. The Last of Us Remastered (PlayStation 4, 2014) — 95 markah
  10. Red Dead Redemption (Xbox 360, 2010) — 95 markah
  11. Portal 2 (Xbox 360, 2011) — 95 markah
  12. God of War (PlayStation 4, 2018) — 94 markah
  13. Batman: Arkham City (Xbox 360, 2011) — 94 markah
  14. The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D (3DS, 2011) — 94 markah
  15. BioShock Infinite (PC, 2013) — 94 markah
  16. Pac-Man Championship Edition DX (Xbox 360, 2010) — 93 markah
  17. Divinity: Original Sin II (PC, 2017) — 93 markah
  18. Super Mario 3D World (Wii U, 2013) — 93 markah
  19. Starcraft II: Wings of Liberty (PC, 2010) — 93 markah
  20. Persona 4 Golden (PlayStation Vita, 2012) — 93 markah

Metacritic mengeluarkan senarai sehingga 50 game teratas dan korang boleh lihatnya sendiri di sini.

Berpuas hati dengan senarai ini? Apakah game kegemaran korang dalam dekad ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Minecraft, Fortnite Dan GTA V Adalah Game Paling Banyak Ditonton Di Youtube Sepanjang 2019

Minecraft, Fortnite Dan GTA V Adalah Game Paling Banyak Ditonton Di Youtube Sepanjang 2019

Livestream State of Play Seterusnya Dari PlayStation Diumumkan Bakal Berlangsung Selasa Ini