Baru-baru ini, Eksekutif Xbox telah memberi respon mengenai Google Stadia, sebuah perkhidmatan penstriman terbaru dari Google. Beliau mengatakan perkhidmatan mereka itu tidak mempunyai kandungan yang menarik perhatian kepada pengguna.

Ketua Pegawai Pemasaran Xbox, Mike Nichols memberitahu kepada The Telegraph bahawa Google mungkin mempunyai kebolehan teknikal untuk menawarkan perkhidmatan penstriman yang menarik namun mereka “tidak ada kandungan.”

“Pesaing-pesaing yang sedang terkenal seperti Google mempunyai infrastruktur cloud, sebuah komuniti dengan YouTube, tapi mereka tidak ada kandungan,” kata Nichols.

Menurut laman web rasmi, Nichols juga berkata Google mungkin mempunyai masa yang sukar dengan Stadia kerana ia tidak terlibat dengan video game untuk jangka masa yang lama. Jadi, Google telah membawa masuk seorang veteran dari industri tersebut untuk mengetuai pasukan Stadia iaitu Phil Harrison, yang mana sebelum ini telah memegang jawatan-jawatan tertinggi untuk kedua-dua syarikat Microsoft dan Sony.

Tambahan pula, Google baru sahaja membawa masuk produser Assassin’s Creed, Jade Raymond untuk mengetuai studio pembangunan game dalaman terbaru Google iaitu Stadia Games.

Kekuatan Google Stadia telah dipertunjukkan semasa majlis pembukaan dengan memaparkan game Doom Eternal oleh Bethesda. Begitu juga dengan game Assassin’s Creed Odyssey yang juga telah berfungsi dengan baik untuk kesemua platform cloud. Dylan Cuthbert dari Q Games juga sedang menghasilkan sebuah game untuk Stadia, sementara Luz Sancho dari Tequila Works juga telah hadir semasa majlis pembukaan itu. Itu adalah antara rakan kongsi yang terlibat dalam Google Stadia.

Harrison telah memberitahu Polygon bahawa memang pihak mereka dengan sengaja memfokuskan untuk mengumumkan platform Stadia dan menjelaskan ciri-cirinya semasa majlis pembukaan dari bercakap banyak mengenai rakan kongsi pembangunan.

Phil Harrison berkata beliau bersama dengan rakan kongsinya telah berbincang dengan mendalam selama bertahun-tahun mengenai platform ini. Mereka telah menghantar kit-kit pembangunan kepada rakan kongsi mereka. Jadi beliau menjangkakan kandungan-kandungan yang menarik akan hadir pada bulan Jun tahun ini. Bulan Jun itu merujuk kepada E3 2019, tapi itu tidak pasti lagi.

Microsoft juga sedang menghasilkan perkhidmatan penstriman game iaitu Project xCloud. Ia akan memulakan fasa percubaan umum pada tahun ini nanti.

Nichols juga berkata pada masa hadapan nanti penstriman akan dilakukan tanpa memerlukan hardware adalah sebuah pengalaman yang terbaik, tapi masanya belum tiba.

Pengumuman Google Stadia hadir dengan slogan “The future of gaming is not a box”. Ia merujuk kepada gamers yang memerlukan konsol-konsol tradisional untuk bermain game.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.