in , ,

Meraikan Jualan Melepasi 500 Juta Unit, Sony Umumkan Bundle PS4 Pro Edisi Khas Berharga RM2,149

Sejarah baru tercipta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Sony telah mendedahkan yang hardware PlayStation telah berjaya dijual sebanyak 525 juta unit sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994.

Kenyataan ini turut mendedahkan yang untuk PS4 sahaja, mereka telah berjaya menjual 81.2 juta unit sehingga 22 Julai 2018.

Bersempena dengan kejayaan yang cukup membanggakan ini,  Sony umumkan sebuah PS4 Pro edisi khas yang cukup menarik. Digelar ‘PlayStation 4 Pro 500 Million Limited Edition’, ia akan didatangkan bersama konsol, controller, PS4 camera, vertical stand dan mono headset dengan rekaan edisi khas serta HDD 2TB.

PlayStation 4 Pro 500 Million Limited Edition akan dijual pada harga RM2,149 bermula 24 Ogos ini.

Korang boleh saksikan rekaan PS4 Pro terbaru ini yang sangat meleleh ini di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Gameplay Pertama Red Dead Redemption 2 Paparkan Dunia Yang Luas, Grafik Memukau

Sekiro: Shadows Die Twice Akan Lebih Susah Daripada Bloodborne Dan Dark Souls, Kata From Software