in , ,

Menjelang PS5, Sony Umumkan PlayStation Studios, Jenama Baru Untuk Game-Game Eksklusif

Sony baru sahaja mengumumkan PlayStation Studios — sebuah jenama baharu untuk game-game eksklusif yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

PlayStation Studios akan mengumpulkan studio-studio seperti Naughty Dog, Insomniac Games, dan Santa Monica Studio di bawah satu jenama yang sama.

Berita ini diumumkan melalui satu video yang dimuatnaik oleh Sony, iaitu memperlihatkan animasi pembukaan PlayStation Studios apabila game-game eksklusif Sony dimulakan di konsol. Ia memaparkan karakter-karakter ikonik seperti Nathan Drake, Aloy, Ellie dan Kratos — seterusnya menukarkannya kepada empat butang terkenal PlayStation — bulat, x, petak dan segitiga.

Menurut Gamesindustry, logo dan animasi pembukaan PlayStation Studios tidak akan digunakan dalam dua game eksklusif mereka terdekat yang akan dilancarkan ke PS4, iaitu The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima yang masing-masing akan dikeluarkan pada Jun dan Julai ini. Sebaliknya, ia akan dirasmikan dalam game eksklusif yang akan dilancarkan ke PS5 kelak — yang mana kita pun tidak tahu apa game pertama itu.

Penyatuan studio-studio pihak pertama Sony di bawah satu jenama ini hadir kira-kira setahun selepas Microsoft melakukan perkara yang sama melalui Xbox Game Studios. Apa yang lebih melucukan dan membingungkan ialah kedua-dua jenama ini mempunyai “Studios” di namanya, serta memiliki animasi pembukaan yang seakan sama.

Lebih menggelikan hati apabila ada yang mengatakan kedua-dua animasi pembukaan PlayStation Studios dan Xbox Game Studios mengambil inspirasi daripada animasi pembukaan Marvel Studios (ya, juga ada “Studios”).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tony Hawk's Pro Skater 1+2 Remaster Diumumkan Untuk PC, PS4 Dan Xbox One, Dilancarkan September Ini

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 Remaster Diumumkan Untuk PC, PS4 Dan Xbox One, Dilancarkan September Ini

State of Play PlayStation Yang Seterusnya Khas Untuk 18 Minit Gameplay Ghost of Tsushima