in ,

Mengidam PS5 Tapi Ditipu Scammer? Ini Langkah/Butiran Penting Ketika Buat Laporan Polis

Penipuan dalam berjual beli secara online atau yang biasa kita panggil sebagai ‘scam’ bukanlah perkara baharu. Sejak hari pertama manusia melakukan pembelian secara online, penipuan keji seumpama ini sudahpun terjadi.

Walau bagaimanapun, kegiatan scam nampaknya semakin menjadi-jadi ketika zaman pandemik ini. Lebih-lebih lagi apabila konsol yang diidamkan ramai, PlayStation 5 dilancarkan ketika pandemik, dan Sony tidak mampu memenuhi permintaan yang terlalu tinggi — membuatkan aktiviti scalper dan scammer semakin berleluasa.

Dan semalam, komuniti PlayStation tempatan telah dikejutkan dengan satu situasi yang amat menyedihkan apabila sebuah kedai gaming ini dilaporkan telah menghilangkan diri apabila sudah ramai yang melakukan pra-tempah PS5 dengannya.

Kedai tersebut cukup popular, mendapat pra-tempahan yang begitu tinggi kerana walaupun mengenakan harga scalper, tetapi tidaklah setinggi penjual-penjual lain. Tidak perlulah kami sebutkan nama kedai itu kerana ramai pun sudah tahu.

Melihat kepada kes yang mendapat perhatian ramai ini, sahabat kami, Ronnie Liew, yang penulis sudah kenal sejak zaman Battlefield 3 di PS3, yang juga merupakan seorang pegawai Polis, telah memuat-naik satu post di Facebook Group PS5 Malaysia Gang — memberikan nasihat kepara para gamer, apakah yang harus dilakukan sekiranya ditipu oleh scammer.

Ronnie memulakan post dengan menegaskan bahawa kes seperti ini merupakan satu kesalahan berunsurkan penipuan yang boleh disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Beliau kemudian memberikan tips-tips, langkah-langkah dan apakah butiran yang perlu ada ketika membuat laporan polis. Ianya seperti berikut:

1) Kumpulkan bukti pembayaran dan salinan pembayaran seperti resit bank-in atau transfer akaun bank.

2) Dalam laporan polis, nyatakan tarikh dan masa pembayaran dibuat.

3) Tempat transaksi pembayaran dibuat, contohnya sama ada di rumah atau di cawangan bank. Kawasan transaksi dibuat perlu dinyatakan kerana penting supaya laporan polis boleh disiasat di mana tempat transaksi pembayaran tersebut dilakukan.

4) Jika ada nombor telefon suspek tersebut juga perlu dinyatakan dalam laporan.

5) Jumlah kerugian perlu dinyatakan dalam laporan polis juga.

6) Akhir sekali, jika setelah laporan polis dibuat dan berjumpa dengan pegawai penyiasat polis untuk rakaman percakapan, sila serahkan bukti-bukti pembayaran dan juga screenshot dan cetakkan transcript perbualan antara mangsa dan suspek kepada pegawai penyiasat tersebut.

Ketika dihubungi JomGaming dalam satu perbualan berasingan, Ronnie berkata,

“Kita tahu bagaimana perasaan mangsa-mangsa yang ditipu, kerugian wang dan sebagainya, tapi diharap mangsa supaya tidak membuat keputusan sendiri dengan mengambil tindakan sendiri.”

“Biar pihak polis menguruskannya untuk keselamatan diri,” tambah beliau.

Kepada mangsa, kami di JomGaming turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Apa yang boleh kami katakan, janganlah terlalu ghairah untuk mendapatkan sesuatu barangan gaming tanpa usul periksa yang menyeluruh. Sayangi nyawa dan wang anda.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trailer Game Mobile Dari China Ini Tiru Trailer Battlefield 2042 Bulat-Bulat

Hextech Mayhem: Game Spin-Off League of Legends Akan Dilancarkan Ke PC, Switch, Netflix Gaming