Berita tergempar dalam industri gaming pada tahun ini pastinya keputusan Sony yang akhirnya membenarkan fungsi cross-play dihidupkan untuk PlayStation 4 dengan kesemua platform gaming masakini, termasuk Xbox One dan Switch.
Semasa para peminat mendesak Sony melakukan sedemikian, ramai yang mengatakan bahawa untuk menghidupkan fungsi ini, ia sangatlah mudah, seolah-olah perlu menekan satu butang sahaja.
Terbaru, orang kuat PlayStation, Shawn Layden telah menafikan segala cakap-cakap itu kerana kata beliau, menghidupkan fungsi ini tidaklah semudah seperti yang ramai sangkakan.
Bercakap kepada PlayStation Blogcast, Layden berkata:
“Sekarang, menghidupkan cross-play bukan sahaja menekan satu suis dan siap — ia satu sifat atau fungsi yang sangat multi-dimensi. Jadi kami perlu melihatnya dari sudut pandang teknikal, kami perlu bekerja dengan rakan kongsi kami dari sudut pandang perniagaan, kami perlu pastikan yang jika hidupkan ini, adakah kami mempunyai sokongan khidmat pelanggan yang betul, adakah kita mempunyai pesanan yang betul di luar sana, adakah semua perkara berbeza ini berada di landasan yang betul, atau ia hanyalah bersifat ordinal. Ia perlu melalui beberapa peringkat untuk mempersiapkannya.”
Kemudian beliau menyambung:
“Kami mengambil masa lebih lama, semestinya lebih lama daripada yang saya mahukan, tetapi ia mengambil selama yang boleh untuk mempersiapkannya, maka sebab itu kami berupaya untuk mengumumkannya pada Selasa lalu, tapi juga menghidupkannya pada masa yang sama.”
Maksud di sini, membawakan fungsi cross-play ini sudah berada dalam perancangan untuk beberapa ketika. Sony boleh sahaja mengumumkan yang mereka akan bawakan fungsi cross-play ini dengan lebih awal, tetapi mereka mahu mengumumkannya serentak dengan hidupnya fungsi ini secara langsung. Tidak mahu peminat tertunggu-tunggu.
Jadi, korang dah cuba belum fungsi cross-play yang telah dibawakan Sony ke dalam Fortnite? Kalau korang tak tahu macam mana, boleh baca 2 artikel di bawah untuk ketahui cara-cara untuk bermain cross-play dalam Fortnite.
2: Kami Dah Cuba Fortnite Mobile, Dan Amat Kagum Dengan Sistem ‘Segala-Galanya Cross’
Comments
Loading…